“Itu yang saya suka”

Masa zaman kanak-kanak kite dulu, kite selalu suka bercerita tentang hobi kite dengan kawan-kawan kite kan :). Ada yang suka kumpul setem, ada yang suka main bola, ada yang suka melukis, ada yang suka main basikal, ada juga yang suka panjat pokok dan macam-macam lagi. Tapi dulu Ninie tak tahu apa hobi Ninie sebenarnya :roll:. Ninie buat je semua benda yang Ninie rasa Ninie nak buat. Kumpul setem, main basikal, kumpul duit syiling satu sen, dan macam-macam lagi walaupun benda tu mamamg tak mendatangkan faedah :D.

Tapi sekarang, Ninie rasa Ninie dah ada satu hobi yang boleh dikatakan best la jugak 😎 . Walaupun ianya masih tidak mendatangkan faedah. Tapi Ninie suka 😉

Dan ini adalah benda yang Ninie suka buat…. 😀

Ini yang saye suke

Tak sedar pun… Rupanya dah banyak Ninie kumpul…. sukeee😆
Mari kite membaca ye kawan-kawan 😉

“Anything I`m Not”

I will never be, I will never be tall, no
And I will never be, never ever be sure of it all
Oh, why is the world so cruel to me
When all, all
I ever want to be is anything I’m not

Gimme a break, a little escape
I am so tired of being me
I wanna be free, I wanna be new and different
Anything I’m not
I’m not

I will never be, I will never be you, no
I will always be, I will always be me, that I know
But oh, even though I’m happy being me
I want to get away from all this harsh reality, oh

Gimme a break, a little escape
I am so tired of being me
I wanna be free, I wanna be new and different
Anything I’m not

Songs by: Lenka

“Masa untuk berfoye-foye”

Huhu… Weekend yang baru berakhir nihhh Ninie habiskan dengan berfoye-foye… Lepas berfoye-foye baru hilang sikit tension… Saja-saja je menyibukkan diri melakukan perkara-perkara yang Ninie suka :-).

Diary weekend bermula seawal hari Jumaat.. huhu.. bangun je daripada tidur pagi-pagi terus dapat message yang berbunyi “kalau nak datang hari ni pon bole, I choti lg“.. ye message tu datang daripada kakak Ninie, siapa lagi kalau bukan ‘Kokjie’. So Ninie pun tak fikir panjang, terus je siap-siap, packing-packing baju and terus bertolak ke rumah kakujie kat Cheras. So, sampai je kat rumah kakujie, beliau terus je bersilat kat dapur. Huhu mungkin dia tahu adik kesayangan dia lapar 😀 . Habis je makan, kami tengok tv sama-sama sampai petang. Ye! waktu yang ditunggu sudah tiba. Going to swimming. Tapi…. tiba-tiba hujan la pulak :-(. So kena la tunggu sampai hujan berhenti. Bila hujan berhenti je kami terus terjun ke dalam swimming pool. Hureyyy.. 😆

The next-next daynya pulak bersamaan hari Ahad, tanpa dirancang terdating pulak dengan Cukma @ Sukma Hati. Macam-macam aktiviti yang kami lakukan dekat KLCC tu. Antaranya ialah, cuci mata, window shopping, pusing-pusing satu KLCC sampai lenguh, dating dengan ironman sekejap, tengok movie, dan yang paling best Sukma belanja Ninie makan tanpa henti. Haha 😛 (Sukma seriously Ninie kekenyangan). Anyway thanks sukma. Next time kita date lagi okey :-D. Ohh.. hampir terlupa, sempat juga Ninie borong 3 buah comic dekat Kinokuniya dan semestinya singgah di Chamelon (my favourite shop 😎 ) sebelum balik. Suka sangat.. dapat lagi satu cekak rambut baru ♥. Wow!! collection Ninie pertambah lagi :lol:.

With Sukma and Mr Iron

Huhu.. walaupun semua aktiviti tu simple je, tapi Ninie enjoy and suka sangat-sangat. Hilang semua stress. ♥♥♥

“Saya sayang MAK saya”

Cerita 1: Dua orang adik beradik sedang leka bermain dengan gembiranya di taman permainan. Hari semakin gelap, tetapi mereka terus bermain tanpa mempedulikan waktu yang semakin senja. Sedang mereka asyik bermain dengan riangnya, tiba-tiba datang seorang wanita yang ditangannya menggenggam sebilah rotan. Wanita itu hanya memandang ke arah dua beradik tersebut tanpa berkata apa-apa. Lalu, dua beradik tersebut dengan perasaan takut segara pulang ke rumah mereka.

Cerita 2: Tangisan kanak-kanak yang baru berumur 6 tahun kedengaran semakin kuat. Kanak-kanak itu berlari ke rumah dan terus menangis di hadapan seorang wanita. Lalu wanita itu bertanya “kenapa ni?”. Kanak-kanak itu pun menjawab “tadi lari-lari, pastu jatuh” (sambil menangis teresak-esak). “owhh sedap kan… ha!! tu ubat namanya… lain kali lari-lari lagi ye” balas wanita tersebut.

Cerita 3: Jam di dinding menunjukkan pukul tiga pagi. Ketika semua manusia di muka bumi ini sedang lena dibuai mimpi, seorang wanita bangun dari lena tidurnya dan pergi mendapatkan seorang kanak-kanak. Lalu dengan nada yang lembut wanita itu mengejutkan kanak-kanak itu dari tidurnya dan berkata “bangun-bangun… bangun makan ubat… makan ubat kena ikut time.. kalau tak nanti demam tu lambat baik… bangun cepat”.

Itu semua cerita dulu :-). Tapi cerita itu Aku tak pernah lupa. Mak menunggu Aku dengan rotan sebab aku degil. Mungkin itu cara dia untuk mengajar Aku supaya Aku tidak mengulangi perkara yang tidak betul. Mak tidak terus memujuk Aku yang sedang menangis, walaupun dia tahu anak perempuan dia sedang sakit akibat terjatuh. Mungkin itu juga cara dia mendidik Aku supaya Aku menjadi seorang yang kuat dan tidak mudah mengalah dengan apa jua perkara. Tapi, Aku sangat rindukan saat-saat dia menjaga Aku apabila Aku demam atau sakit. Aku sangat rindukan itu. Aku mahu waktu itu datang lagi.

Walau apa pun yang berlaku antara Aku dan Dia, Aku akan sayang dia sampai bila-bila.
“Happy Mother’s Day MAK.. Ninie sayang MAK sangat-sangat ;-)”

“Mulakan dengan SENYUMAN”

Huhu…. Kita mulakan dengan senyuman untuk blog ini ye…. ◕‿ ◕
Dulu Ninie pernah mencuba untuk menjadi blogger yang baik…
Tapi….. sampai separuh jalan, Ninie terpaksa mendelete blog itu atas sebab-sebab yang tertentu
Kali ini Ninie cuba lagi… And hopefully ianya akan menjadi lebih baik daripada yang dulu.
So…. mari kite “mulakan dengan SENYUMAN”