“Seminggu Berhari Raya”

♪ ♫ ♩Seminggu berhari raya… kunjung mengunjung rumah terbuka… heyy!… jalinkan kasih sesama kita lupakan saja sengketa lama… heyy! hoo.. hooo… hoho hoho ♫ ♩ ♬ ♪ ♫

Huhuu…. Hari ni dah masuk hari ke 9 Syawal… Cuti pun dah nak habis :-(. Hari Isnin bermula la rutin harian seperti biasa (bangun pagi gosok gigi.. cuci muka.. minum milo… dan siap-siap ke tempat pencarian sesuap nasi) 🙂

Sedar tak sedar dah seminggu lebih umat Islam menyambut Aidilfitri. Walau bagaimana sekali pun cara kita menyambutnya, asal kita gembira dan bersyukur kerana masih mampu menikmatinya itu sudah cukup baik ;-). Tahun ni sangat terasa lain daripada tahun-tahun sebelumnya. Malam raya, tiada lagi beraya bersama Atuk Denan seperti tahun-tahun sebelumnya.. Pagi raya pertama, tidak juga pergi beraya dari satu rumah ke satu rumah di kampung.
Yang sama cuma beraya (bermaaf-maafan) di pagi raya dan snap-snap pic raya 😀







Tapi tetap seronok… bila ada kamu semua (Abah Mak AbgMamat KakRose KakAna AbgFaiz KakUjie AbgMun KakMira Ayu Ina Iman Putri and Putra) ♥♥♥
Tahun depan… umm.. mungkin lain ceritanya pula… 😛

———————————————————————————————————————————————————————–

Ni session beraya bersama kawan-kawan sekolah pula….. Dari sekolah rendah, sekolah agama sampailah sekolah menengah, muka diorang je.. hehe 😛






Raya-raya pun sempat lagi bergosip-gosip dengan diorang ni.. Happy je masing-masing bila masuk time story morry zaman comot-comot dulu.. Dah besar dah korang semua kan (padahal diri sendiri pun sama.. hehe.. tapi still rasa macam kanak-kanak rebina lagi) 😛 😀

Advertisements

“Rambut dan Pelik”

Rambut dan Pelik… Pelik dan Rambut….

😎Huhu… bila fikir-fikir balik agak pelik sikit di situ :roll:. Saye nak potong rambut pendek la. Tapi kenapa tak boleh. Ni kan rambut saye. Saye nak potong kasi pendek dalam beberape inci, tapi kamu potong satu inci je. Kamu ni sama je macam kawan-kawan kamu yang lain, mesti tak kasi kalau saye nak potong rambut pendek :-(. Baik En Derrick & Team, baik Cik Anura, mahu pun Cik Jenny semua sama. Huhu tapi takpe sebab bila kamu dah selesai potong rambut saye sebanyak satu inci tu dan kemudian kamu kasi wangi-wangi pada rambut saye dan selepas itu kamu gulung-gulung hujung rambut saye, ummm ukey… saye terima alasan kamu kenapa kamu tak mahu potong pendek-pendek 🙂