“Besday.. Bufday.. Birthday = Selamat Hari Jadi Ninie”

..♩.¸¸♬´¯`♬.¸¸Happy Birthday to me… happy birthday to me…. happy birthday to Ninie Suzaini…. happy birthday to me……¸¸.♬´¯`♬¸¸.♩..

Huhuuuu…. yang ke berapa ye? upssss…. ummmm…… ummmmmm….. ukeyyy Ninie bagi tahu. 12 Januari 2011 adalah yang ke “Dua puluh lima” 😉 Agak banyak di situ. Semakin dewasa, besar, matang. Umm Matang! Tak brape nak matang.. Kalau boleh Ninie lebih suka jadi kanak-kanak rebina yang tidak punya masalah, yang tidak perlu banyak menggunakan otak untuk berfikir, yang tidak dibebankan dengan emosi yang bercelaru, yang tidak dihantui oleh masa depan yang masih kelabu….
Mereka riang dan terus riang tanpa peduli apa itu dan ini. Itu mahu Ninie. Tetapi itu suatu yang mustahil dan Ninie tahu.
Jadi, tiada pilihan di situ, pandang saja ke depan, walaupun untuk toleh kebelakang itu bukan satu kesalahan 🙂

Birthday ohhh birthday…
Tahun ni masih boleh tersenyum…. karana kata-kata hikmah seperti “Selamat Hari Jadi”, “Happy Birthday”, “Selamat Hari Kejadian”, “Selamat Hari Tua”, dan seStatus dengannya masih dapat dibaca dan didengar dengan baik. Sangat sedih suka, terharu, dan gembira sehingga wujudnya status yang berbunyi “Saye sayang family & kawan kawan saye… mereka sudi memberi ucapan yang boleh membuat saye tersenyum…. semoge ape yang mereka doakan utk saye taun ni akan termakbul.. insyaallah…. amin… terima kasih semua ♥ ♥ ♥” di profile laman sesawang Facebook Ninie Suzaini. 😀 Huhuuu…. 😎

Surprise ohhh surprise…
Apa kejutan untuk tahun ni ye… macam tak ada je… pagi…… ummmm…. geleng-geleng kepala…. petang…. ummmmm geleng-geleng kepala….. malam…. ummm… geleng-geleng kepala….. tak ada surprise pun. tak apa laaa… tidur je la… esok kan kerja…. tapi, tiba-tiba teringat zaman comot-comot masa dekat kolej blog 10 dulu…. rajinnya kawan-kawan Ninie potong kertas warna-warni.. pastu tabur-tabur penuh satu loker, atas katil…. Huhuuu…. Ninie suke (penat la nak kemas balik… korang ni….ishhhhh… 😛 ) yang paling best main kejar-kejar satu blog 10 sebab nak sapu krim kek kat muka…. hahahaaaa…. korang memang best :lol:….
Itu dulu… masa dah berlalu dengan laju… tapi macam baru semalam! 🙂 huhuuuuu~~

zZzzzzzzz~~~

…… dan esoknya~
😯
Macih Mak!
Terkejut, macam tak percaye, dan inilah surprise daripada mak yang agak berbeza 🙂 … lepas Ninie baca terus tergelak 😆 … mak pun tergelak juga… (p/s mak: huhu… mula-mula Ninie ingatkan mentera nak buka peti sejuk…. rupanya….) Macih Mak!! 😳

Cake ohhh cake…
Birthday dan cake tidak dapat dipisahkan bukan…. Jadi mana Tiramisu Ninie… Siapa yang nak buatkan special untuk Ninie selain Secret Recipe… Siapa? Siapa?… (Ummm… 😯 nobody? It’s okey…. Nak buat tiramisu memang leceh sikit… dimaafkan… 😛 hehee..)
Jadi mari kita ke Secret Recipe…

Secret Recipe ^_^

Ukey… Kami sudah sampai…. Mari kita order ye 😉
Itu… Ini… Itu… dan… Ini 😀

mam mam mammmm~~
Aittt…. 😮 apa ni…. yang tu dah tinggal sikit, yang lagi satu tu dah habis terus…tinggal daun je…. apa ni.. apa ni……………….
Huhuuuuu…. nak buat macam mana.. Ninie dengan Jaja lapar sangat :lol:… Dapat je terus makan…. heee~~
Jaja lama kan kita duduk kat situ, sampai kita makan buat gaye kekenyangan :-D. Ada unsur kanak-kanak riang terselit di situ… 😛

Ehhh…. cop.. coppp… mane tiramisu ninie…

Chocolate Indulgence
Pecan Butterscotch

Yang tu bukan… yang lagi satu tu pun bukan…
“Maaf ye.. Tiramisu dengan Chocolate Strawberry dah habis” kata seorang hamba Allah yang beruniform SR..
Uhhh… Keciwa 😦
Tapi takpe, mungkin rezeki kami untuk itu tiada… So Chocolate Indulgence dengan Pecan Butterscotch pun ukey saja 😉

Happy dan Kenyang 😉