“Trifle I’m in Love with……. Strawberry”

Eat eat eat… Food food food… sweet sweet sweet… 😀

Ye Ninie memang suka makan. Hidup kan memang untuk makan. Eh ehh ehh… silap, makan untuk hidup la 😛

Apa makanan yang boleh buat kita tersenyum bila kita menikmatinya.

Ninie pilih ice cream, tiramisu, chocolate, fruit yogurt, dan seangkatan yang sweet-sweet dengannya. Sebab bila kita makan benda yang manis macam ni sure stress kita akan hilang dan yang paling penting kita akan makan sambil tersenyum 🙂

Tapi kita tak boleh makan selalu nanti terkena Diabetes Mellitus pula…

Dan pada satu petang Jumaat yang lepas, secara tiba-tiba dengan kehadiran Mr MR @ Mr Mood Rajin, dengan kadar yang gembira terhasil lah satu manisan yang simple dan boleh dinikmati seisi keluarga 😉

Inilah dia sweet sweet tersebut….

-Sponge Roll Cake-

-Strawberry-

-Strawberry on Sponge Roll Cake-

-Strawberry on Custard Pudding-

-Strawberry with Jelly-

Tadaaaaaaaaaaa…. Inilah dia hasilnya… 😉
-Trifle I’m in Love with Strawberry-

Umm… rasa, ukey la… manis manis.. masam masam.. dan bila ada orang kata sedap, itu dah cukup buat Ninie tersenyum 🙂

p/s: Contengan berwarna agak blur blur di situ.. Maaflah Ninie just guna DSLR Nokia5300 😛

“Hati bagi tahu…”

Hati bagi tahu, dia tak suka kat Lidah sebab Lidah suka hiris-hiris Hati sampai Mata selalu menyanyi. Hati cakap Lidah jahat. Tapi Hati kata bila dia fikir balik mungkin Otak juga bersubahat kerana memberi idea-idea yang agak bertanduk. Hati cakap kat Otak, “kenapa buat macam tu, kesian kat Mata, kalau dia terus menyanyi nanti dia sakit” (walaupun pada masa yang sama Hati juga sakit kurang sihat). Hati kata, bila dia cakap macam tu kat Otak, Otak seakan marah, “kenapa Hati nak tuduh Otak, kalau Lidah boleh berfikir dan tak terpengaruh, mungkin Hati tak kena hiris”. Hati pun terus berlalu sambil berfikir, mungkin betul cakap Otak, Hati tak boleh salahkan Otak.

Hati duduk lagi, termenung dan berfikir, adakah semua ini berpunca daripada Hati sendiri yang tak mahu berfikir secara negatif positif. Tapi, kalau Lidah tak terlalu tajam tentu itu lebih baik kan.

Jadi siapa yang bersalah… Hati jadi confused… 🙄