“Hati bagi tahu…”

Hati bagi tahu, dia tak suka kat Lidah sebab Lidah suka hiris-hiris Hati sampai Mata selalu menyanyi. Hati cakap Lidah jahat. Tapi Hati kata bila dia fikir balik mungkin Otak juga bersubahat kerana memberi idea-idea yang agak bertanduk. Hati cakap kat Otak, “kenapa buat macam tu, kesian kat Mata, kalau dia terus menyanyi nanti dia sakit” (walaupun pada masa yang sama Hati juga sakit kurang sihat). Hati kata, bila dia cakap macam tu kat Otak, Otak seakan marah, “kenapa Hati nak tuduh Otak, kalau Lidah boleh berfikir dan tak terpengaruh, mungkin Hati tak kena hiris”. Hati pun terus berlalu sambil berfikir, mungkin betul cakap Otak, Hati tak boleh salahkan Otak.

Hati duduk lagi, termenung dan berfikir, adakah semua ini berpunca daripada Hati sendiri yang tak mahu berfikir secara negatif positif. Tapi, kalau Lidah tak terlalu tajam tentu itu lebih baik kan.

Jadi siapa yang bersalah… Hati jadi confused… 🙄

Advertisements