“Tiada Suara”

Bangun pagi dan mahu semuanya hilang
Kotak suara sudah kehabisan bateri barangkali
Air mengalir laju kerana benteng tidak kuat mana
Jangan tanya kenapa
Sudah muak otak mencari sebab
Padahal sebab yang sama
Ulang lagi dan lagi dan lagi sampai satu alam pun tunduk dan bisu
Agrhhh…
Mahu lari sekuat mungkin supaya tiada jejak
Bayang juga akan dipadam sekuat hati
Walau sehingga koyak kertas itu
Kemenangan kamu aku beri… percuma
Lalu diam seperti awan
Aku memang si Bisu yang tiada suara

 

Advertisements

“Si Murai Air Batu katanya”

Murai Air Batu??… 🙄
Ummm…
Ohhh… rupanya Murai Air Batu tu sejenis burung. Dan sebenarnya ia bukan Murai Air Batu tapi Murai Batu dan nama saintifiknya ialah Copychus Malabaricus.
First time dengar nama burung macam ni. Ni pun sebab my big bro yang kenalkan…
Ehh kenapa dia kenalkan ye.. Heheee… Ada ke patut dia kata Ninie macam burung ni… suka hati je kan …. ish ishhhhh…

Dan inilah dia si Murai Batu tersebut…

Uisshhh… Apa yang samanya…. 😛 Ninie pon tah tahu….

 

“Home Alone”

Ohhh… For the second time at home alone…. Ummm… sukanya tak suke la…. sebab nanti mesti tidur tak lena sebab tahu kat rumah tak ada sesiapa melainkan tv, peti sejuk, kipas, langsir, tangga, almari, meja, katil dan geng-geng mereka yang lain. Huuuuu~~ Ninie please berani sikit!! 😦
Waaaaa… tiba-tiba hujan 😯 … Uhhhh parah ni… Jangan la ada guruh atau kilat atau petir atau bunyi-bunyi yang ninie tak suke… Ohhh please….. Ya Allah selamatkan lah hamba mu ini….. Amin…

“And I Love You So”

🙂 Today is Tuesday… Alone at home… Mak and Abah going to home town….
Ninie?… Ummmm… duduk lepak-lepak dekat rumah 😀 Kenapa hari ni tak kerja?… Uhhh… cuti laa… rehatkan otak dan badan…. Jangan terlalu banyak berfikir, nanti rambut cepat putih… heheee 😛
So, bila bangun pagi dan rasa macam tak mahu ke tempat kerja, lebih baik sambung tidur sekejap kan… Bukan selalu boleh dapat feel bangun tidur lambat camni 😀

Tiga jam kemudian..

Dan tiba-tiba Cik Mata bagi tahu yang dia dah tak nak pejam lagi, So.. apa kata kita turun bawah, tengok-tengok apa yang mak and abah tinggalkan sebelum balik kampung… Ukey setelah diperiksa sume kawasan, tak ada ape yang tinggal.. So rajin kan diri untuk masak ye Cik Ninie… 😉
Jadi masakan kita pada hari ini bertajuk ‘Ayam goreng cili api berkuah pedas menyengat’….hehehee… Ukey done… siap masak… mari kita mandi…. upppsss… uppss…. Adakah Ninie masak dulu baru mandi…. haha… well…. tak apa lah.. bukan selalu and orang pun tak tahu… janji menu hari ni sedap… 😉

satu jam kemudian..

Huuuu… Mari makan… nyum nyummmm……
Menikmati hidangan tengah hari sambil beramah mesra dengan Encik TV suatu perkara yang seronok.. Dan secara tidak sengaja tertarik dengan tajuk cerita ‘And I LOVE You So’.. Jadi marilah kita layan cerita ni untuk hari cuti yang indah ini.. 😎

Cerita ni sweet-sweet, romantic, kelakar, sedih, dan ending dia sangat best… 🙂