“Dia buat Ninie stress!”

Mula-mula dia buat Ninie happy..
Kemudian dia buat Ninie tersenyum..
Walaupun mungkin orang akan kata Ninie gila bile ketawa sendiri..
Tapi Ninie tak peduli..
Dia memang menghiburkan hati..
Tapi sekarang..
Dia buat Ninie jadi stress..
Tengok….


Level ni je tak bergerak-gerak dari pukul 10:36pm sampai la sekarang (jam kat screen Pinkberry menunjukkan 1:12am)
Arghhh…
Tett tettt… Nahh… Ninie dah angkat bendera putih.. Esok je la sambung… Susah betul…

“Library dan Saya”

Waktu ini mata Ninie dah mula mengecil. Dia mahu sleep barangkali. Tetapi kotak fikiran masih rancak menari dan tiba-tiba terfikir tentang satu ini. Library. Ye Library.. Tersenyum seketika. Tak pernah Ninie bayangkan, yang setiap hari Ninie akan menghabiskan masa di tempat yang bernama Library. Dan sekarang sudah pasti ada ruang di situ untuk Ninie. Untuk berapa lama lagi, Ninie tak pasti 🙂

Jangan tanya kenapa Ninie senyum, tergelak kecil juga mungkin.. Mungkin masih boleh di kira dengan jari berapa kali Ninie menjejakkan kaki di tempat seperti ini sewaktu menggalas gelaran anak murid atau pelajar. Tempat ini terlalu banyak bahan bacaan. Tempat ini dilarang berbuat bising. Tempat ini banyak peraturan. Tempat ini banyak menggunakan otak untuk berfikir. Tempat ini terlalu serius. Dan ini sebab Ninie jarang ke situ.

Tapi sekarang, Ninie pasti akan ke library five times per week. Dan itu compulsory. Thanks kepada mereka yang terlibat 😉