“Satu dah lepas.. Next… :D”

Huhuuuuu… Niat terlaksana.. Happy πŸ˜€ Episod kali ini mungkin agak slow, tapi still ukey sebab Ninie enjoy.. Thanks to my friend sebab sudi temankan…
Happy-happy.. Enjoy-enjoy.. Balik rumah kene marah, sebab lewat.. Terlebih tiga puluh minit after twelve am.. Nak buat macam mana, Ninie kan cinderella. Tak boleh lebih daripada pukul dua belas pagi.. Hahaaaa.. padan muke…

p/s: D?…. nampak sangat full house… πŸ™‚

Advertisements

“Salam Maal Hijrah”

Awal muharram yang indah. Azam tahun lepas masih berbaki. Tak sempat nak tunaikan semua. Tak salah bawa ke tahun ini bukan. Alasan atau pun bukan, itu sememangnya lumrah. Ada hikmah mungkin.
Jiwa kosong. Ada yang tak kena. Nantilah pujuk Jiwa tanya kenapa. ~~sigh~~

Anyway.. Petang tahun baru yang bosan. Intai kaum adam main bola dalam hujan.. Mereka nampak gembira. Kalau dapat turut serta tentu seronok. πŸ™‚
Oh ya… rindu mahu main hujan puas-puas macam dulu.

p/s: Sorry guys, tembak curi gambar kalian.. πŸ˜›

“Wajib Tonton”


Dua poster kat atas ni. ‘Breaking Dawn part 1’ satu and ‘Ombak Rindu’ satu. Kedua-dua filem ni merupakan filem wajib tonton untuk akhir tahun ni. Jadi bersedialah wahai sahabat-sahabat mahu pun teman-teman serta rakan-rakan yang Ninie sayangi. Ninie akan paksa korang untuk teman Ninie tengok cerita ni. Hahaaaa… (agak kejam bunyinya di situ) Nak ke? Tak nak ke? kena ikut juga… Ini paksa rela tau.. πŸ˜€ Siapa yang bertuah nanti, pasti akan berpeluang menonton bersama Ninie. Huhuuu… Redha je la ye… Sila la terima dengan hati yang terbuka… Ngeheheeeee πŸ˜›

“Baru ke??”

Wuhuuuu :-D….
See see…. my new layout, my new banner, my new background…. wuhuuuuuu…
Wahhhh… nampaknya Ninie tak dah busan dengan layout lama. So mari kita transformkan sikit-sikit kepada yang baru. Makeup makeup sikit… Bubuh blusher lebih sikit… Haaaa…. baru la tak ada mood sikit nak update kan… huhuuuu… πŸ˜‰ Cantik tak Ninie punya background tu… Colorful lagi. Cantik kan πŸ™‚ Ehemm ehemmm.. sila cakap cantik ye πŸ˜› haipppp… Heheee… Ceria kan… Nanti tentu hidup pun akan seceria pelangi… cewahhhhh… Peace~~

“Kisah P yang agak memalukan…”

Oh.. hari ni cuti. Esok juga cuti. Malaysia bertuah sebab ada banyak perayaan. Bila dah banyak perayaan maksudnya banyak la cuti. Dan cuti buat Ninie gembira. πŸ™‚

So hari ni wajib untuk curi masa cuci kereta. Kalau tidak tentu ada tangan yang lebih rajin daripada tangan Ninie yang kadang-kadang agak malas ni mendahului tugasan itu. Hurm.. itu tidak boleh berlaku lagi. 2 kali untuk minggu yang sudah-sudah Abah tolong cucikan. Malu ukey.. Rase macam nak sorok muka dalam baju bila nampak Abah.. Ninie tak malas, tapi Abah yang terlebih rajin.. Hahaaa… πŸ˜›

After cuci-cuci, buka dashboard, pandang sekali dua dan telihat bendasing yang tidak diperlukan lagi. Ambil dan keluarkan. Ini dah tak guna. Itu pun dah tak guna. Pandang lagi, kelip-kelip mata. Aitt… terjumpe benda alah ni…

P

Tiba-tiba teringat time dulu-dulu bila disuruh, dipaksa dan terpaksa bawa kereta. Yang pasti dan sangat pasti ianya bukanlah sesuatuΒ  yang menggembirakan. Rasa seperti mahu menjadi halimunan secara tiba-tiba apabila disuruh tanpa kerelaan hati.

Banyak kaedah yang digunakan untuk mengelak daripada memandu pada masa itu seperti:

  1. Berpura-pura bangun lambat apabila Puan Emak menyuruh menghantarnya ke pasar tani.
  2. Menjadi orang yang paling lambat bersiap dan paling terakhir keluar rumah. Nescaya pada waktu itu Encik Abah telah berada di seat driver.
  3. Andai diberi pilihan: a) drive… Β  b) pegang Putri/Sara@anak buah masa dia baby…. Β  Jawapan: Definitely B

Tapi langit tak sentiasa cerah, pelangi juga tak selalu muncul, apabila situasi ini terjadi:

  1. “Heloo Ayang, amik akak kat komuter please”. Jawapan yang akan muncul ialah “U.. uuu… uukeyy…”
  2. “Ayang, hantar mak gi tesco.. mak nak beli barang”. Β Β  Bayangkan waktu tu Ninie tengah lepak tengok tv, dan kalau cakap “Tak nak” tentu Puan Emak akan membebel dan tarik muka merajuk dia.

Dan, pernah juga menangisΒ cry waktu tengah drive disebabkan stress.. Walaupun pada masa tu Ninie tahu Mak and Kakak-kakak Ninie ambil berat sebab nak Ninie pandai bawa kereta cepat.. Heheee… mekacih ye… sebab usaha dan semangat kamu semua πŸ˜› …

Dalam otak waktu tu, “kenapa… kenapa… kenapa Ninie kene bawak kereta tu.. kenapa kerata tu wujud dalam dunia ni… kenapa bawak kereta tu susah… kenapa dekat jalan raya tu banyak kereta yang laju-laju… kenapa dekat jalan raye tu ade traffic light… kenapa bila dah berhenti kat traffic light tu bila nak jalan balik enjin mati… kenapa… kenapa… kenapa………. sigh..”. Trauma sekejap dengan perkataan ‘Bawa Kereta’.

Tapi ada satu bende yang Ninie tak boleh lupa sampai sekarang bila tangan kiri menukar gear ke angka lima. Bila dulu En Abah duduk di sebelah dan bertanya “Kenapa tak tukar gear lima”. Dengan selamba Ninie menjawab, “Tanak lah.. nanti laju” (dengan muka alaa.. alaaa.. confident). Time tu tak tahu la apa perasaan Abah bila dengar jawapan daripada mulut anak perempuan dia yang sengal ni. Dengan tergelak kecil Abah berkata “Cuba.. cuba tukar dulu nak tau laju ke tak”. Dengan berat hati Ninie pun tukar la ke gear lima. Dan Abah terus berkata “Tengok mana ada laju. Kalau tak tekan minyak tak ada la dia nak laju”. Ninie pun tersengeh-sengeh.. (p/s: Dulu masa belajar, instructor tu ajar sampai gear empat aje… ukey Ninie seorang student yang mendengar kata.. sebab tu Ninie lulus ujian memandu hanya sekali dengan cemerlang πŸ˜› …. Lurus Bendul!!)

Ukey… itu semua dulu. Dah lama pun lepas. Puan Emak yang tanggalkan P tu. Ninie tak suruh pun. Dia dah confident kot tengok Ninie drive. Anyway thanks untuk semua yang terlibat. Kalau dulu tak suka, sekarang dah ukey πŸ˜‰