“Fear Factor”

Saya teringin buat SESUATU…
Tetapi sesuatu itu yang saya memang takut…
Sesuatu yang boleh buat seluruh tangan saya sejuk beku…
Sesuatu yang buat jantung saya menari laju…
Sesuatu yang buat saya tak tentu arah…
Tapi saya sangat teringin…
Dengan memerhati dari jauh, saya selalu berfikir, mereka kebal barangkali…
Dan saya tidak sekebal mereka
Saya diam…
Saya fikir lagi..
Apa kata saya cuba..
Rasa apa yang mereka rasa..
Mungkin tak seteruk imaginasi saya…

Saya pejam mata…
Saya baca bismillah dan mengucap sebanyak mungkin…
Dan…
Inilah hasil yang saya dapat 🙂

3 : 4 : 12
12 : 05
type: O

Limited Edition tau… kihkihhh… pada sape-sape yang tak cukup darah dan memerlukan darah Ninie, bole request kat Pusat Darah Negara ye…. 😛 heheee…

Serious tak suke jarum suntik-suntik tu… ishhh ngeri… Tak suke bau hospital, bau klinik, bau ubat-ubatan dan segala jenis bahan perubatan yang seangkatan dengannya.. Kalau dulu masa kecik-kecik bile demam and Mak suruh makan ubat, mula la terkulat-kulat.. And of course selalu kene marah. Kalau demam dah mula nak baik sikit and Mak still suruh makan ubat jugak, mula la buat taktik jahat. Pegang ubat tu dulu, then bile Mak pergi dapur kejap, mulakan niat jahat. Jalan pelan-pelan pergi luar rumah, buang ubat dalam longkang, pastu cepat2 masuk. Bila Mak tanye “ubat dah makan”.. dengan perasaan rase bersalah sikit jawab “dah mak”. Haishhh ape tah nak jadi… Jahat sungguh… Maaf Mak.. sesunggung betul seperti ape yang Mak selalu kata bila Ninie cakap “ubat tu tak sedap.. macam mana nak makan” dan Mak membalas “kalau nak sedap makan kfc” heheeee… itu tandanya Mak dah malas nak layan budak yang degil… 😛

Dan sama juga, bila tengok darah dalam kuantiti yang banyak mula la rase nak muntah, rase ngilu, rase ngeri pon ada. Tapi disebabkan perasaan teringin yang teramat sangat, Ninie cuba memberanikan diri yang tak berapa nak berani ni… 😉
Doktor tu cakap, kali ni saye amik darah awak sikit je, sebab first time kan… doktor tu cakap lagi, mase baring nanti relax, jangan nervous sangat nanti bole pitam… heheee… ye baik doktor..

Tapi sebenarnya apa yang Ninie bayangkan adalah:

  • Darah kita akan keluar memancut-mancut kalau kita nervous.
  • Nurse tu akan cucuk bertubi-tubi kalau dia tak jumpa urat kita.
  • Kebarangkalian yang tinggi bahawa jarum akan patah dalam urat bila kita nervous dan keraskan tangan.

Nasib baik tu imaginasi je…  kalau betul… erkkkk…

Tengok tu… muka tenang je kan… heheeee 😛

Hampir selesai…
sakit sikit je 😉
Nanti bole la Ninie penuhkan buku merah tu… yeayyyy

Ohhh nasiib baik ade pom pom girls and pom pom boy yang bagi semangat.. cewahhhhh…


dan kepada Kak Azni juga, terima kasih sebab memberi semangat dengan sama-sama menderma walaupun pada mulanya beliau berkata beliau akan pitam apabila melihat darah yang banyak.. dan tak lupa juga kepada Cik Wani Anggun yang memberi sokongan moral live dari putrajaya agar Ninie tak lari dari menderma… terima kasih terima kasih… (ayattt… bajet artis tak bole blah…. Ninie enough… tetibe rase macam nak muntah… tadi ukey je… uwweekkk…)

p/s: Happy Wellness Week 2012… peace 😉