“kotak otak”

Bila semuanya jadi semakin tak best. Siapa yang patut saya persalahkan?
a) Hormon
b) Segala jenis makhluk di sekeliling
c) Diri sendiri

Jawapan:_______

contengan tepi: swing swing like a bubble.. kalau kehidupan tu seperti roda, me wish me never sit on the bottom part.. but sometimes me don’t have any option there.. positive thinking like a piece of cake saya dah semakin cair..
Semoga Allah sentiasa beri saya hidayah dan petunjuk.

Mood: nak pergi cari clorox kejap, yang boleh basuh kotak otak sampai bersih.. kalau terjumpe yang ade haruman coklat pon best jugak..

“Bila En Rajin Datang

Kebelakangan ni Ninie sangat-sangat mengalami kekurang rajinan yang melampau. Jika hujung minggu bebas dari aktiviti luar, tidur sepanjang hari adalah aktiviti yang paling menggembirakan 🙂

Tapi minggu ni, di bawah paras normal tiba-tiba, Ninie mengalami sindrom terajin atau terpaksa rajin atau mungkin sememangnya rajin.. hehee.. maka dengan itu terhasillah.
Pavlova yg gorgeous ni…. tadaaaa….

image

nyummy nyummyyy… sedap, manis, macam mashmallow… cara nak buat dia pun senang and simple je.. Next time boleh buat lagi 😉

Dan disebabkan sekarang ni musim buah duri… oleh itu terhasillah ini juga, untuk minum petang kami..

image

Tapi Ninie cuma buat roti jala yang hijau epal tu je… Huhuu… Serawa tu Pn Emak yg buat.. Jangan tanya kenapa roti jala warna hijau. Huhhh… Dah puas dah selongkar almari dapur cari si starbrand kuning telur tu.. Tapi tah mana tah dia menyorokkan diri. Jadi hijau pun hijau la… cute jugak… heee 😉

p/s: presentation yg sebegitu membuatkan Pn Emak berkata “amboiiii…. cantiknya… sejak sejak asyik tengok selebriti master chef ni kan.. roti jala pon nak bubuh chocolate rice, tak pernah-pernah”. Hahaaaa… Ninie senyum je… kihkihhhh.. 😛