“Chef Ninie in the house..”

Beriyani Gam

“Beriyani Gorgeous”

Abah kata sedap.

Abah kata lain kali bole buat lagi.

Abah kata nanti panggil adik beradik yang lain bole buat potluck.

Abah kata hari-hari makan macam ni pun best.

Ninie.. senyum je 🙂

Advertisements

“Jangan tiru aksi ITU”

Bila sesuatu ITU berlaku di luar logika ianya boleh membuatkan anggota mulut tersengeh sendiri sambil berbunyi “eh.. Ape bende yang aku buat ni” 😀
Contoh-contoh ITU adalah seperti berikut:

ITU 1: Bangun pagi dan tempat mandi adalah hala tuju pertama setiap pagi. Dengan yakin dan patuh, berus gigi di genggam rapi. Tidak dilupakan perisa haruman mulut yang bernama colgate. Tetapi bila pagi tersebut aura kekretifan datang secara melampau sehingga mencalitkan facial foam dengan cantik di atas berus gigi maka timbul lah bunyi seperti ini “eh.. Ape bende yang aku buat ni”.

ITU 2: Sesi mengisi perut semestinya perkara yang menggembirakan. Lebih cantik jika jemaah daripada golongan yang boleh menceriakan suasana. Dalam pada kegembiraan itu, bila dengan penuh yakin dan kusyuk, botol kordial sirap rose F&N dicapai dan dihala, lantas dituangkan ke dalam gelas, maka dengan spontan terbitlah bunyi “eh.. Ape bende yang aku buat ni”. Walaupun pada hakikatnya bekas air sirap yang telah dibancuh penuh satu bekas hanya berhampiran botol kordial tadi.

ITU 3: Perkara yang enak apabila pulang dari tempat kerja adalah mandi selain daripada menikmati slot akasia tv3. Dan bershampoo ketika mandi itu perkara biasa. Tetapi ia akan menjadi pelik lagi sengal bila mana menuangkan shampoo ke rambut tanpa membasahkan rambut itu terlebih dahulu. Maka berbunyi lagi “eh.. Ape bende yang aku buat ni”.

Kadang-kadang jika ada yang perasan sesuatu ITU itu yang berlaku, ianya boleh jadi bahan gelak. Gelak yang boleh disambung-sambung. Dua jam selepas kejadian pun boleh gelak semula. Maka oleh itu jangan sesekali tiru aksi ITU.  Jangan. Serious jangan.

P/s: Harap lepas ni, Ninie tak buat perangai ITU lagi… Harap.. Harap sangat 😛