“Aidilfitri 2014 ~ How time flies”

Aidilfitri datang lagi..

Sambutan yang seperti selalu.

Keluarga, sanak saudara, sahabat sahabat.

Tahun ni yang bertandang ke rumah, lebih ramai dan lebih meriah.

Seronok 😀

Tapi..

Ramai yang bertanye pada Ninie “Kenape pakai tudung masa raya je, kalau pakai terus camnikan lagi cantik”

🙂

Ninie senyum je.

aidilfitri 2014

Perkara baik. InsyaAllah.

Setiap manusia ade cerita dia sendiri.

😉

“Ini je yang saye mampu kasi kat Awak”

Awak tempat saye mengadu
Awak selalu tengok saye menangis
Awak kata saye cengeng
Awak juga tengok saye ketawa
Awak selalu bantu saye
Awak manjakan saye
Awak juga suka membebel kat saye
Saye sayang kat awak
Tapi saye tak tahu nak tunjukkan camne…
Hari ini saye belanja awak kek ye
Walaupun bukan saye yang buat sendiri
Saye harap awak suke
Saye sayang awak… Happi Birthday Mak @ Aisyah Salleh 😉

“Perginya seorang Adam”

Adam pergi tinggalkan kami semua
Adam berkorban untuk Mama
Kami sayang Adam
Auntie Ninie tak sempat tengok Adam
Adam marah auntie Ninie tak?
Adam cuma tinggalkan ini untuk kami
Setelah cuba bertahan selama satu jam

Nenek cakap Adam cute
Muka Adam mirip mama
Adam sempurna
Kami tahu Allah lebih sayangkan Adam
Semoga Adam tenang di sana
Al-Fatihah… Adam bin Sazali

 

“Saya sayang MAK saya”

Cerita 1: Dua orang adik beradik sedang leka bermain dengan gembiranya di taman permainan. Hari semakin gelap, tetapi mereka terus bermain tanpa mempedulikan waktu yang semakin senja. Sedang mereka asyik bermain dengan riangnya, tiba-tiba datang seorang wanita yang ditangannya menggenggam sebilah rotan. Wanita itu hanya memandang ke arah dua beradik tersebut tanpa berkata apa-apa. Lalu, dua beradik tersebut dengan perasaan takut segara pulang ke rumah mereka.

Cerita 2: Tangisan kanak-kanak yang baru berumur 6 tahun kedengaran semakin kuat. Kanak-kanak itu berlari ke rumah dan terus menangis di hadapan seorang wanita. Lalu wanita itu bertanya “kenapa ni?”. Kanak-kanak itu pun menjawab “tadi lari-lari, pastu jatuh” (sambil menangis teresak-esak). “owhh sedap kan… ha!! tu ubat namanya… lain kali lari-lari lagi ye” balas wanita tersebut.

Cerita 3: Jam di dinding menunjukkan pukul tiga pagi. Ketika semua manusia di muka bumi ini sedang lena dibuai mimpi, seorang wanita bangun dari lena tidurnya dan pergi mendapatkan seorang kanak-kanak. Lalu dengan nada yang lembut wanita itu mengejutkan kanak-kanak itu dari tidurnya dan berkata “bangun-bangun… bangun makan ubat… makan ubat kena ikut time.. kalau tak nanti demam tu lambat baik… bangun cepat”.

Itu semua cerita dulu :-). Tapi cerita itu Aku tak pernah lupa. Mak menunggu Aku dengan rotan sebab aku degil. Mungkin itu cara dia untuk mengajar Aku supaya Aku tidak mengulangi perkara yang tidak betul. Mak tidak terus memujuk Aku yang sedang menangis, walaupun dia tahu anak perempuan dia sedang sakit akibat terjatuh. Mungkin itu juga cara dia mendidik Aku supaya Aku menjadi seorang yang kuat dan tidak mudah mengalah dengan apa jua perkara. Tapi, Aku sangat rindukan saat-saat dia menjaga Aku apabila Aku demam atau sakit. Aku sangat rindukan itu. Aku mahu waktu itu datang lagi.

Walau apa pun yang berlaku antara Aku dan Dia, Aku akan sayang dia sampai bila-bila.
“Happy Mother’s Day MAK.. Ninie sayang MAK sangat-sangat ;-)”