“Jangan tiru aksi ITU”

Bila sesuatu ITU berlaku di luar logika ianya boleh membuatkan anggota mulut tersengeh sendiri sambil berbunyi “eh.. Ape bende yang aku buat ni” ๐Ÿ˜€
Contoh-contoh ITU adalah seperti berikut:

ITU 1: Bangun pagi dan tempat mandi adalah hala tuju pertama setiap pagi. Dengan yakin dan patuh, berus gigi di genggam rapi. Tidak dilupakan perisa haruman mulut yang bernama colgate. Tetapi bila pagi tersebut aura kekretifan datang secara melampau sehingga mencalitkan facial foam dengan cantik di atas berus gigi maka timbul lah bunyi seperti ini “eh.. Ape bende yang aku buat ni”.

ITU 2: Sesi mengisi perut semestinya perkara yang menggembirakan. Lebih cantik jika jemaah daripada golongan yang boleh menceriakan suasana. Dalam pada kegembiraan itu, bila dengan penuh yakin dan kusyuk, botol kordial sirap rose F&N dicapai dan dihala, lantas dituangkan ke dalam gelas, maka dengan spontan terbitlah bunyi “eh.. Ape bende yang aku buat ni”. Walaupun pada hakikatnya bekas air sirap yang telah dibancuh penuh satu bekas hanya berhampiran botol kordial tadi.

ITU 3: Perkara yang enak apabila pulang dari tempat kerja adalah mandi selain daripada menikmati slot akasia tv3. Dan bershampoo ketika mandi itu perkara biasa. Tetapi ia akan menjadi pelik lagi sengal bila mana menuangkan shampoo ke rambut tanpa membasahkan rambut itu terlebih dahulu. Maka berbunyi lagi “eh.. Ape bende yang aku buat ni”.

Kadang-kadang jika ada yang perasan sesuatu ITU itu yang berlaku, ianya boleh jadi bahan gelak. Gelak yang boleh disambung-sambung. Dua jam selepas kejadian pun boleh gelak semula. Maka oleh itu jangan sesekali tiru aksi ITU.ย  Jangan. Serious jangan.

P/s: Harap lepas ni, Ninie tak buat perangai ITU lagi… Harap.. Harap sangat ๐Ÿ˜›

“Caring Beyond Your Heart”

Ohok ohokk… berhabuk dan bersawang dah Story is Cerita ni..

Bahasa basi untuk Si Penconteng yang dah lama tidak menconteng di sini.

Very the typical starting.. Hehehee..ย who cares..ย biggrin

Tiba-tiba tak tahu nak tulis ape..

Tiba-tiba tak tahu nak cerita pasal ape..

Tiba-tiba tak tahu nak merapu ape..

Tiba-tiba malu sendiri..ย redface

Ngehheheee…

Adehh… dah kenape pulak ni.. ๐Ÿ˜›

 

Mengade ye!!!

Cuma ini permulaan yang pelik untuk tahun baru.. Ye.. dua kosong satu empat.. Budak debab ni ikut serta aktiviti yang dia tak pernah suke dari kecik lagi. Tak pernah suke!!. Tapi entah kenapa tahun ni dia excited pulak.. dan nervousย juga!!.. ๐Ÿ˜›

Image

Banyaknyee belon… omey angat!! ๐Ÿ˜›

Hey.. budak debab bangun pagi untuk ini.. Hehee..

Syahdu betul bila lima setengah pagi dah meredah highway sorang-sorang..

Yang penting bubuh surah yasin dekat seat sebelah.. apa-ape hal senang.. persediaanย lol

Semua ni untuk ‘IJN Run For Your Heart’

Image

Yeayyy… bersemangat betul Kak Zura ngan Wani nak lari..

Tambah bersemangat bile tengok medal dia yang cun!! ๐Ÿ˜‰

Image

yeayy!! berjaya!!! Satu jam lima belas minit + – la lebih kurang..

๐Ÿ˜‰ Cantik kan medal dia..

Tapi kalau trek dia cantik sikit lagi mungkin lebih cepat.. kihkihhh.. ๐Ÿ˜›

Image

Ukey… Dah bole balik dah… takleh main panas lama-lama.. nanti cair.. heheee…

Image

Eh ehhh.. ape pulak ni…

Upsss eekย Ni betol-betol lari ni… Ngehehehee

Koyak..

Image

Itu aje untuk kali ini..

Saye sayang jantung saye… ๐Ÿ˜‰

Thanks IJN

“Brader B yang spoil”

Ramadhan kali ni kurang dapat nikmat hari pertama berpuase.. Biase la budak perempuan.. Ada masa Allah bagi cuti.. ๐Ÿ˜€

Tapi bila tengok orang sekeliling berpuase dengan kusyuk.. Nikmat yang diperolehi untuk makan disiang hari tu seperti sesuatu yang betol-betol nikmat.. Rasa gembira.. Gembira yang lain macam.. Hahaaaa ๐Ÿ˜›

Lagi gembira bila ade geng!! Hahahaaaa (oke kali ni gelak jahat!! HAHAHAAAA.. sambung gelak lagi) ๐Ÿ˜†

Jadi.. misikukuza misi hari ini mencari meggi cepat dimasak sedap dimakan…. cukup la dua hari lepas dah makan fast food.. hari ni nak makan yang simple pulak ๐Ÿ™‚

Sedang mencari bahan-bahan untuk dileburkan didalam periuk bersama meggi, tiba-tiba terjumpa ini..

cappucinoTerus je grab…Tambah-tambah cuaca kat luar tu panas… so memang terbaik la… ๐Ÿ˜Ž

Then mase nak bayar tu, mula-mula dah rasa something.. Bila Brader B kat cashier tengah scan si cappucino ni tetibe dia pandang-pandang sambil tersengih-sengih cakap dengan kawan dia.. Walaupunย  tak brape nak paham bahasa dia… tapi macam dah agak apa yang diorang bahankan…

Tup-tup Brader B ni terus tanya “Kat rumah ada peti ais kaaa”

๐Ÿ˜ฏ

Ninie dah agak dah!!

Sambil tersenyum terus jawab “Ada.. adaa..”

Adehhhh…

Brader B.. Brader Bangla… spoil betol ๐Ÿ˜†